Page 9 - PDKU pdf
P. 9
PEJABAT DAERAH KULAI
PERANG DUNIA II DAN SELEPAS
Pada tahun 1941, semasa Perang Dunia II, pihak British membakar kedua-dua
baris rumah kedai itu. Ketika tentera Jepun tiba, mereka mengebom dan memusnahkan
pekan Kulai. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan-bangunan termusnah ini dibina
semula menjadi kedai-kedai papan dua tingkat.
Pada tahun 1947, terjadinya kebakaran kali kedua di Kulai yang melibatkan kedai-
kedai yang berada di tapak bangunan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekarang
Melebihi dua puluh buah kedai termusnah. Ini diikuti oleh kebakaran kali ketiga pada
tahun 1960 yang memusnahkan Kedai Runcit Seng Fat yang terletak di dalam kawasan
pasar lama. Sepuluh tahun kemudian pada tahun 1970, tujuh buah kedai dan empat buah
rumah di Jalan Pasar pula dijilat api.
KEBAKARAN – KEBAKARAN TERBESAR
Bagaimanapun, kejadian kebakaran yang paling dahsyat berlaku pada kali kelima
dan keenam, iaitu pada 4 Julai 1981 dan 29 Ogos 1981. Melebihi seratus buah bangunan
termusnah dalam kebakaran-kebakaran tersebut. Setelah berlakunya kebakaran-
kebakaran ini, sebanyak 21 buah kedai makan dan 7 buah kedai getah telah menamatkan
perniagaan mereka. Menurut feng-shui, kedua-dua jenis perniagaan ini tidak sesuai
dijalankan di kawasan-kawasan itu. Selain itu, sewa kedai antara RM2,000 hingga
RM5,000 sebulan juga terlalu tinggi untuk memperoleh sebarang keuntungan.
Mengikut kajian feng-shui, Kulai adalah sebidang tanah yang makmur. Bangunan-
bangunan yang terbakar itu kini digantikan dengan 7 buah bank, 8 buah kedai emas, 9
buah syarikat kewangan dan lebih kurang 50 buah kedai menjual kereta. Kini, hanya
tertinggal sebuah kedai makan yang paling lama dalam sejarah Kulai, iaitu Kedai Makan
Yan Yan Loi. Kedai tersebut telah dibina pada dekad 1940-an dan pernah merupakan kedai
yang terkenal di Johor dan Singapura.
Sejak kebakaran terakhir di Kulai, pelbagai aspek, khususnya dari segi pembinaan
dan perkembangan, telah bertambah maju. Tidak lama kemudian, tempat ini telah
dijadikan tapak perindustrian yang baru. Ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada
penghuni-penghuni tempatan.
9
KULAI KESAYANGAN KITA

