Page 133 - SK Tahun 6 Sains
P. 133
KELAJUAN
Hubungan antara Kelajuan
dengan Masa
Pernyataan masalah:
Bagaimanakah kelajuan mempengaruhi masa pergerakan sesuatu objek?
Tujuan Mengkaji hubungan antara kelajuan dengan masa
Alat dan Kereta mainan, papan panjang 1 meter, beberapa naskhah buku,
Bahan jam randik dan pita pelekat
Sekiranya jarak pergerakan sesuatu objek ditetapkan,
apakah hubungan masa dengan kelajuannya?
Saya ramalkan
masa yang
diambil oleh Mari kita siasat.
objek yang
bergerak laju
adalah lebih
singkat.
garisan penamat
Lakukan satu penyiasatan dengan mengkaji hubungan antara kelajuan
objek dengan masa yang diambil untuk sampai pada jarak yang ditetapkan.
Rancang dan jalankan penyiasatan untuk mengkaji hipotesis kamu.
Kemudian, tulis laporan hasil penyiasatan.
1. Apakah yang perlu kamu lakukan untuk mendapatkan masa pergerakan
yang lebih singkat pada jarak yang sama?
2. Nyatakan kesimpulan eksperimen kamu?
3. Apakah hubungan antara kelajuan dan masa pergerakan sesuatu objek?
Perhatikan jarum pada meter kelajuan kereta ayah kamu
semasa memandu. Adakah jarum pada meter kelajuan itu
sentiasa menunjukkan bacaan yang sama? Mengapa?
#GURU
Kereta mainan akan bergerak lebih laju apabila dibiarkan
menuruni landasan yang lebih condong. 125

