Page 160 - SK Tahun 6 Sains
P. 160

Terbiodegradasikan atau Tidak?


                Apakah yang akan terjadi kepada bahan buangan selepas
                dibuang sekian lama di persekitaran kita?

                                   1990                                     Sekarang

                                Mana perginya                                   Eh! Elok lagi
                                kereta mainan saya?                             kereta ini.


















                      Cikgu, mengapakah sisa
                      makanan dan kertas sudah          Oh, ini adalah kerana
                      tiada lagi di dalam tanah?        bahan buangan ini telah
                                                        terbiodegradasikan.

                                                       Bahan buangan terbiodegradasikan
                               Terbiodegradasikan?
                                                       ialah bahan buangan yang boleh
                                                       direputkan oleh mikroorganisma.


                           Bahan buangan terbiodegradasikan direputkan oleh
                           mikroorganisma dan kembali menjadi nutrien di dalam tanah.
                           Bahan buangan terbiodegradasikan terdiri daripada bahan organik
                           seperti sisa makanan, kertas, bahan kumuh dan tinja.

                                        Manakala bahan buangan seperti kaca, plastik dan
                                        logam tidak boleh direputkan oleh mikroorganisma.
                                        Bahan buangan ini dinamakan bahan buangan tidak
                                        terbiodegradasikan. Sisa toksik juga merupakan
                                        bahan buangan tidak terbiodegradasikan.
               kaca, plastik dan logam
                                       Ini bermakna bahan buangan
                                       tidak terbiodegradasikan boleh
                                       mencemarkan alam sekitar kita!


               152     9.1.2
   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165