Page 70 - SK Tahun 6 Sains
P. 70
Rusa-rusa ini bersaing
untuk mendapatkan
sumber air yang terhad
di dalam habitatnya.
Merak jantan mengembangkan
bulunya yang cantik dan menarik
untuk menawan merak betina. Merak
jantan bersaing bagi mendapatkan
pasangan untuk mengawan.
Persaingan intraspesies antara haiwan
berlaku apabila keperluan asas haiwan
iaitu makanan, air, tempat tinggal
atau kawasan dan pasangan adalah
terhad.
Bagaimanakah keadaan haiwan
yang tewas dalam persaingan?
62

