Page 72 - SK Tahun 6 Sains
P. 72

Simbiosis antara Haiwan


                Situasi di bawah menunjukkan beberapa jenis
                interaksi antara haiwan berbeza yang tinggal
                dalam suatu habitat. Hubungan rapat antara
                dua atau lebih haiwan yang saling memberi
                manfaat antara satu sama lain dikenali             Bagaimanakah
                sebagai simbiosis. Simbiosis boleh berlaku         simbiosis antara haiwan
                dalam tiga keadaan, iaitu mutualisme,              memberi kesan kepada
                komensalisme dan parasitisme.                      haiwan yang lain?



                Simbiosis antara kerbau              Banyak kutu atas
                dengan burung gembala ialah          badan kamu Cik
                interaksi yang membawa               Kerbau. Saya
                manfaat kepada kedua-dua             makan ya.
                haiwan tersebut. Interaksi ini
                dikenali sebagai mutualisme.
                    Apakah manfaat yang
                diperoleh oleh kerbau dan
                burung gembala ini daripada
                interaksi yang berlaku?



               Sakit betul
               telinga saya.                                   Makanlah, Cik Burung. Terima kasih bantu
                                                               saya kurangkan rasa gatal di belakang saya.



                                    sengkenit     Simbiosis antara kucing dengan sengkenit

                                                  ialah interaksi yang memberi manfaat
                                                  sebelah pihak sahaja dan merugikan
                                                  satu pihak yang lain. Simbiosis ini pula
                                                  dikenali sebagai parasitisme.


                                                              Nyatakan haiwan lain
                                                              yang hidup bersimbiosis.









               64       4.1.5
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77