Page 74 - SK Tahun 6 Sains
P. 74
Apakah manfaat yang
diperoleh oleh kedua-dua
haiwan di sebelah?
Simbiosis antara haiwan wujud dalam bentuk mutualisme,
komensalisme dan parasitisme. Interaksi ini perlu bagi memastikan
kemandirian spesies dan populasinya.
Berikan contoh haiwan lain yang berinteraksi secara mutualisme,
komensalisme dan parasitisme.
Video Interaksi Haiwan
Mengumpul maklumat dan berkomunikasi bagi memerihalkan
Tujuan
interaksi haiwan intraspesies dan haiwan interspesies
Alat dan
Bahan Komputer dan talian Internet
Langkah-langkah
1. Kumpulkan maklumat bagi memerihalkan jenis interaksi antara haiwan.
2. Muat turun gambar atau video yang sesuai bagi menyokong maklumat
yang dikumpulkan.
3. Sediakan suatu persembahan slaid tentang interaksi antara haiwan
dengan menggunakan MS PowerPoint.
4. Persembahkan hasil tugasan dan muat naik di dalam blog kamu.
1. Nyatakan jenis interaksi antara haiwan.
2. Apakah kesan kepada haiwan jika interaksi tidak berlaku antara
haiwan dalam satu habitat?
#GURU
Video interaksi haiwan boleh didapati daripada laman web
66 4.1.5
4.1.6 http://youtu.be/8LWYOiGzGhw

