Page 73 - SK Tahun 6 Sains
P. 73

INTERAKSI ANTARA HIDUPAN


                   Simbiosis antara ikan jerung dengan ikan remora ialah interaksi dua spesies ikan
                   yang berbeza. Interaksi ini hanya memberi manfaat kepada satu spesies tetapi
                   satu spesies lagi tidak mendapat sebarang manfaat mahupun kesan buruk.
                   Simbiosis ini dikenali sebagai komensalisme.




















                    Banyak makanan saya
                    hari ini. Terima kasih                                      Makanlah puas-puas.
                    ya, Encik Jerung.                                           Kamu tak ganggu
                                                                                saya pun.



                 Buran melekatkan dirinya pada cangkerang dan
                                                                                   KBAT
                 memberikan perlindungan tambahan kepada                           KBAT
                 umang-umang. Apabila umang-umang tersebut
                 bergerak, buran akan mendapat pengangkutan                  Bagaimanakah interaksi
                 percuma. Kerjasama ini memberi manfaat kepada               antara haiwan penting
                 kedua-dua belah pihak. Apakah jenis interaksi ini?          dalam membantu
                                                                             keseimbangan alam?

                     Senang hati saya, tak perlu
                     bayar tambang pengangkutan
                     dan sewa rumah. Cari makan
                     pun senang.                               Terima kasih buran
                                                               kerana melekat pada
                                                               cangkerang ini. Terasa
                                                               selamat sedikit.













                                                                                                       65
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78