Page 84 - SK Tahun 6 Sains
P. 84

Projek Terarium




                            Membina terarium bagi memahami persaingan yang
                Tujuan
                            berlaku dalam habitat

                Alat dan
                Bahan       Komputer, talian Internet dan peralatan untuk membina terarium


                 Langkah-langkah
                 1.  Lakukan aktiviti ini secara berpasangan.
                 2.  Cari maklumat tentang cara membina terarium menerusi
                     talian Internet.
                 3.  Pilih salah satu contoh kaedah membina terarium dan simpan.
                 4.  Bincang bersama-sama dengan pasangan kamu untuk menjalankan
                     projek ini.
                 5.  Sediakan alat dan radas seperti yang terdapat dalam maklumat
                     yang dikumpulkan.
                 6.  Bina terarium kamu berpandukan maklumat
                                                                                    #
                     yang ada.
                 7.  Buat pemerhatian dengan mengambil gambar                Basuh tangan dengan
                     dalam tempoh sebulan, dua bulan dan tiga                menggunakan sabun
                     bulan.                                                  sehingga bersih
                 8.  Bandingkan hasil pemerhatian dan buat laporan           selepas menjalankan
                                                                             projek ini.
                     bersama-sama dengan rakan dan guru.


                      1.  Apakah persaingan yang berlaku di dalam terarium kamu?
                      2.  Apakah tumbuhan yang sesuai dijadikan spesimen ketika
                          melaksanakan projek kamu? Berikan alasan kamu.






                                                    Terarium ialah taman
                                                    mini yang dibina
                                                    di dalam bekas
                                                    lut sinar.



                                         #GURU
                                                Aktiviti membina terarium merupakan aktiviti yang menarik
                                                dan mencabar. Guru boleh menjadikan aktiviti ini sebagai
               76                               pertandingan di peringkat sekolah dan menjual terarium yang
                                                dihasilkan.
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89