Page 83 - SK Tahun 6 Sains
P. 83

INTERAKSI ANTARA HIDUPAN


                 5.  Maklumat berikut menunjukkan langkah-langkah untuk menyiasat faktor
                      persaingan antara tumbuhan.
                      a)  Susun langkah-langkah berikut mengikut urutan yang betul.
                          P  Letakkan 5 biji benih jagung ke dalam bekas X dan 15 biji benih
                             jagung ke dalam bekas Y.
                          Q  Siramkan kedua-dua bekas dengan isi padu air yang sama
                             setiap hari.
                          R  Selepas dua minggu, bandingkan pertumbuhan anak benih
                             jagung.
                          S  Sediakan dua bekas semaian yang sama saiz dan isikan bekas
                             dengan kuantiti tanah yang sama banyak. Labelkan X dan Y.

                      b) Apakah faktor persaingan antara tumbuhan yang dikenal pasti
                         daripada langkah-langkah di atas?

                 6.  Suatu penyiasatan telah dijalankan oleh sekumpulan ahli Kelab Sains
                      ke atas dua ekor udang daripada dua buah kolam ternakan udang yang
                      berbeza. Rajah di bawah menunjukkan pemerhatian dan data yang
                      mereka peroleh.


                                     Kolam A                            Kolam B











                                   berat: 14 gram                     berat: 8 gram

                      a)  Berdasarkan maklumat di atas, berikan dua inferens yang sesuai
                           tentang perbezaan yang terdapat pada udang-udang tersebut.
                      b)  Dengan memilih satu daripada inferens kamu di atas, berikan satu
                           pemerhatian lain untuk menyokong inferens itu.
                      c)  Apakah yang harus dilakukan oleh penternak udang B bagi
                           meningkatkan jumlah jisim udang di kolamnya.











                                                                                                       75
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88