Page 80 - SK Tahun 6 Sains
P. 80

Pokok dedalu tumbuh pada
                                                                    batang pokok mangga yang
                                                                    dipanggil pokok perumah untuk
                                                                    mendapatkan sumber nutrien
                                                                    dan air daripada tumbuhan
                                                                    yang ditumpanginya. Dalam
                                                                    tempoh yang lama, sebahagian
                                                                    pokok perumah akan mati.
                                                                    Hubungan antara tumbuhan
                                                                    ini dipanggil parasitisme.
                                                   Hah... dedalu tumbuh pada
                                                   dahanku! Reputlah dahan aku.


                                             Interaksi antara tumbuhan berlaku bagi memastikan
                                             keperluan asas iaitu air, cahaya matahari dan nutrien
                                             diperoleh oleh tumbuhan bagi memastikan tumbuhan
                                             terus hidup.


                                   Carta Interaksi Tumbuhan



                              Menghasilkan carta yang mengandungi maklumat
                 Tujuan
                              tentang interaksi tumbuhan dalam suatu habitat

                 Alat dan     Komputer, talian Internet, pencetak, gunting,
                 Bahan        kertas manila, gam dan alat tulis


                 Langkah-langkah

                 1.  Kumpulkan contoh-contoh interaksi antara tumbuhan dalam suatu habitat
                     yang kamu pilih di laman web.
                 2.  Muat turun gambar-gambar yang berkaitan dan simpan.
                 3.  Cetak gambar-gambar tersebut.
                 4.  Reka suatu carta yang menarik dengan menggunakan bahan yang kamu
                     pilih mengikut kreativiti kamu.
                 5.  Kongsi hasil kerja kamu bersama-sama dengan rakan.



                    Apakah kesan interaksi antara tumbuhan dengan hidupan lain dalam satu
                    habitat yang kamu kenal pasti? Jelaskan.



               72      4.2.3
                       4.2.4
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85