Page 65 - SK Tahun 6 Reka Bentuk dan Teknologi
P. 65
Kos Projek Saya
Aktiviti penanaman secara hidroponik memerlukan alatan dan bahan yang
khusus. Kita perlu menyediakan alatan dan bahan tersebut dengan membeli
atau menggunakan bahan guna semula. Kos yang dikeluarkan untuk
menanam secara hidroponik perlu dikira. Mari kita kenal pasti alatan dan
bahan yang telah digunakan, dan mengira kos yang dibelanjakan untuk satu
takung hidroponik.
Stok A 100 ml Stok B 100 ml Penutup takung
Takung
Raga tanaman
Alat penyukat Biji benih
Span
Bagaimanakah cara menyediakan set hidroponik
takung daripada bahan guna semula?
NOTA GURU
5.2.8 • Beritahu murid bahawa larutan stok yang dibekalkan oleh penjual adalah dalam
bentuk larutan pekat atau serbuk.
• Pastikan botol stok A dan stok B dilabelkan.
57

