Page 53 - SK Tahun 6 Pendidikan Kesihatan
P. 53

Saya Remaja Bijak
                          Saya Remaja Bijak
                          Saya Remaja Bijak

                 Irdina berhadapan dengan pelbagai situasi tekanan daripada rakan sebaya.
                 Sebagai remaja yang bijak, Irdina memilih untuk menjadikan masalah itu
                 sebagai satu peluang. Irdina menulis semua jenis tekanan yang pernah
                 dialaminya berserta cadangan penyelesaian. Kemudian, dia menghasilkan
                 penanda buku yang kreatif dan menjual kepada rakan-rakannya.



                               Situasi tekanan: Rakan yang suka membuli.
                               Penyelesaian: Memilih rakan sebaya yang boleh
                               dijadikan contoh yang baik dan menghargai sahabat.



                               Situasi tekanan: Tidak diterima oleh kumpulan.
                               Penyelesaian: Memilih kumpulan dan aktiviti sosial
                               yang menerima diri kita seadanya.



                               Situasi tekanan: Suka memendam perasaan.
                               Penyelesaian: Merapatkan hubungan kekeluargaan
                               dan memilih individu yang boleh dipercayai untuk
                               meluahkan perasaan.



                              Situasi tekanan: Tidak berani menolak ajakan rakan.
                              Penyelesaian: Berani berterus-terang dan menolak
                              ajakan yang berunsur negatif secara asertif.



                                                Inginkan keperluan diri yang berjenama.
                              Situasi tekanan: Inginkan keperluan diri yang berjenama.
                              Penyelesaian: Menggunakan perbelanjaan secara
                              berhemat dan berbelanja secara bijak.




                          AKTIVITI                                                            KBAT

                    Hasilkan penanda buku berdasarkan situasi tekanan yang kamu alami. Kemudian,
                    gantungkan hasil kerja pada “Pokok Nasihat”.





                                                                                       2.3.2
                                                                                       2.1.4
                                                                                                   45
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58