Page 20 - SK Tahun 6 Pendidikan Jasmani
P. 20
Warisan Berzaman
Warisan Berzaman
Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, Jason dan murid
Tahun 6 Bestari turut mempersembahkan tarian rakyat dan tarian etnik. Mereka
telah memilih tarian joget, tarian sewang dan tarian ngajat. Ketiga-tiga tarian ini
akan ditarikan mengikut muzik yang diperdengarkan.
Joget Muhibah
Korus
Rasa sayang eh
1 Rasa sayang, sayang eh
Eh mari kawan-kawan
Rasa sayang, sayang eh
2 Pergi ke pasar membeli ikan
Di dalam peti ikan disimpan
Bekerjasama dalam tugasan
Berkongsi ilmu dalam kumpulan
3
Ulang korus
Damainya hari bersama rakan
Cergaskan diri dengan bersukan
Pelbagai kaum dalam kumpulan
Semangat muhibah kita tingkatkan
Ulang korus
4 Pukul gendang beramai-ramai
Dalam majlis tari-menari
Tradisi lama jangan diabai
Warisan budaya kekal di hati
5
Nyanyikan lagu di atas mengikut
melodi lagu “Rasa Sayang”.
6
7
Tarian joget
Layari laman web www.jkkn.gov.my
untuk mencari dan mengenal pasti jenis
tarian yang dikategorikan sebagai tarian
tradisional rakyat di Malaysia.
12

