Page 18 - SK Tahun 6 Pendidikan Jasmani
P. 18
Langkah Seiring
Langkah Seiring
Aleka akan mengetuai persembahan pergerakan berirama bersempena dengan
sambutan Hari Kebangsaan di sekolahnya. Aleka dan peserta yang terlibat telah
mereka cipta rangkaian pergerakan yang akan dipersembahkan. Mereka memilih
pelbagai pergerakan langkah lurus yang akan dilakukan secara berulang-ulang
mengikut tempo muzik yang dipilih.
I N F O R M A S I
Rangkaian pergerakan dengan muzik membolehkan kanak-kanak mengamati, menyerap
dan bertindak balas mengikut cara dan gaya kreatif yang tersendiri. Selain keseronokan dan
meningkatkan kreativiti, pelaksanaan aktiviti seperti ini dapat memupuk kerjasama dalam kumpulan.
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (2003).
10

