Page 36 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 2)
P. 36

Membaca


                                                 Jadikan Amalan



                                                   Pergi ke pekan membeli lada,

                                                        Lada ditimbang berat sekati;
                                                   Air digunakan berpada-pada,

                                                        Jangan dibuang sesuka hati.






                    Pasang pelita di tepi tangga,
                        Nampak menarik cahaya terang;

                    Marilah kita jimatkan tenaga,
                        Bil elektrik dapat dikurang.






                                                Mari mencari buah keranji,

                                                     Buah berangan juga bidara;
                                                Berkongsi kereta amalan terpuji,

                                                     Dapat hindari pencemaran udara.





                   Pokok pegaga daunnya banyak,

                        Tanam selasih di bawah para;
                   Jimatkan tenaga, air dan minyak,

                        Alam bersih masyarakat sejahtera.

                             Aktiviti




                    Mempersembahkan pantun dengan sebutan yang betul dan
                    intonasi yang sesuai.


                          Nota Guru   •   Bimbing murid memahami maksud pantun.
                                      Strategi: KB – Menghubungkaitkan       KP: Verbal-linguistik  2.3.2 (iii)
                 30                   EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab                       BA2: 32
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41