Page 38 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 2)
P. 38
Seni Bahasa
Sayangku pada Alam
Sayangku pada alam
Telah kubuktikan
Jimatkan air
Jimatkan elektrik.
Sayangku pada alam
Telah kubuktikan
Guna dan kitar semula __
Demi menyelamatkan pokok.
Sayangku pada alam
Telah kubuktikan
Menggunakan __ mesra alam
Sebagai pengganti plastik.
Sayangku pada alam
Telah kubuktikan
Hiaskan __ di sekitar
Suasana nyaman dan segar.
Nukilan: Mashudi Bahari
Aktiviti
Melengkapkan sajak dan mempersembahkannya secara kreatif.
Nota Guru • Bimbing murid melengkapkan sajak berpandukan gambar.
Strategi: KB – Menjanakan idea BCB: Bacaan luncuran 4.3.1 (ii)
32 EMK: Nilai Murni – Kesyukuran BA2: 34

