Page 37 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 2)
P. 37
Menulis
Amalan Bijak
Petang itu, Elis dan ibunya ke pasar raya. Sebelum masuk
ke pasar raya, Elis dan ibunya menuju ke pusat kitar semula.
Elis mengeluarkan semua
barang yang dibawanya. Antara
barang tersebut ialah surat
khabar, bekas plastik dan botol
kaca. Elis mengeluarkan semua
barang itu dengan berhati-hati.
Elis memasukkan surat
khabar ke dalam ___. Selepas
itu, dia memasukkan ___
ke dalam tong berwarna jingga.
Kemudian, Elis memasukkan ___.
• kaunter bayaran
• beg mesra alam
• ganti beg plastik
Info Tong Kitar Semula
Tong biru untuk kertas seperti buku, surat khabar
dan majalah.
Tong coklat untuk barangan kaca seperti botol
kaca, balang makanan dan botol ubat.
Aktiviti Tong jingga untuk tin aluminium dan plastik
seperti tin minuman, beg plastik, botol air mineral
dan bekas makanan.
Membina dan menulis perenggan.
Nota Guru • Bimbing murid membina perenggan berdasarkan frasa dan gambar.
Strategi: KB – Menjanakan idea Pembelajaran Konstruktivisme – 3.2.1 (iv)
EMK: Nilai Murni – Kasih sayang Mengembangkan idea BA2: 33 31

