Page 40 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 2)
P. 40

Ayat Penyata



                                           Bilik Darjah Mesra Alam


                    Sekolah Elis telah mengadakan projek landskap mesra alam
                    di dalam bilik darjah.

                        “Tolong bawa pokok bunga dari rumah,” kata Cikgu Hanum
                    kepada Elis dan rakan-rakannya. “Bawa juga barang-barang

                    kitar semula. Kita akan mewujudkan landskap yang paling
                    cantik,” kata Cikgu Hanum untuk memberikan semangat

                    kepada anak-anak muridnya.


                                                •  Elis membawa pokok bunga ke sekolah.

                                                •  Pokok bunga itu ditanam di dalam botol.
                                                •  Komala pula membawa pokok bunga

                                                     di dalam pasu.


                                                •  Mereka membawa pokok bunga itu
                                                     ke sudut belakang bilik darjah.
                                                •  Mereka menyusun pokok bunga di satu

                                                     sudut.






                                                •   Di sudut yang lain, mereka menyusun

                                                     tiga buah kotak.
                                                •   __.
                                                •   __.                        Info Bahasa

                                                                               Ayat penyata ialah ayat yang
                                                                               digunakan untuk menyatakan
                                                                               sesuatu atau memberikan
                                                                               keterangan tentang sesuatu
                             Aktiviti                                          perkara. Contoh: Dia memakai
                                                                               baju berwarna biru.


                    Membina ayat penyata berdasarkan bahan.


                          Nota Guru   •   Bimbing murid mengenal pasti dan memahami ayat penyata.
                                      Strategi: KB – Mencirikan        Pembelajaran Konstruktivisme –  5.3.1 (ii)
                 34                   EMK: Nilai Murni – Tanggungjawab           Menerangkan dan menjelaskan  BA2: 36
                                      terhadap alam sekitar             idea
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45