Page 52 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 2)
P. 52

Menulis



                                           Bucida yang Cantik


                    Aidil suka melihat pokok Bucida. Dia
                    ingin menanam pokok ini di hadapan
                    rumahnya. Dia mencari maklumat tentang

                    pokok Bucida dalam Internet.

                        Terdapat dua jenis pokok Bucida, iaitu
                    yang berdaun hijau dan yang berdaun
                    putih. Saiz daunnya kecil. Dahan pokok

                    Bucida bertingkat-tingkat.

                        Pokok ini mudah ditanam kerana tidak
                    memerlukan penjagaan yang rapi. Oleh itu,
                    pokok ini banyak ditanam di pinggir jalan,

                    di taman dan di halaman rumah.

                        Pokok Bucida mempunyai akar yang kuat. Pokok
                    ini dapat menahan tiupan angin yang kencang. Selain itu,
                    orang ramai dapat berteduh di bawah pokok ini selepas

                    penat bermain atau beriadah.


                                                     Pokok Bucida




                              daun                 kawasan ditanam                    kelebihan



                              hijau                  di pinggir jalan                    ____

                              ____                          ____                         ____
                                                            ____                         ____

                             Aktiviti




                    Mencatat maklumat.


                          Nota Guru   •   Bimbing murid mencari maklumat daripada bahan.
                                      Strategi: KB – Mengumpulkan dan menjelaskan       BCB: Mencatat nota –  3.2.3
                 46                   EMK: Nilai Murni – Menyayangi alam sekitar   Menganalisis     BA2: 48–49
                                                                                (mengkategorikan)
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57