Page 53 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 2)
P. 53

Seni Bahasa


                                        Sang Pokok Kembali Ceria


                  Di  sebuah ladang, kelihatan Sang Pokok dan rakan-rakannya
                  sedang bersedih. Pohon mereka kurus dan daun mereka
                  kekuningan.

                       “Aduhai, malang sungguh nasib kami tumbuh di sini!”

                  Sang Pokok dan rakan-rakannya bersuara sedih.
                       Tidak lama kemudian, datang Sang Cacing ke perdu
                  Sang Pokok.

                       “Hai, Sang Pokok! Mengapakah kamu dan rakan-rakan

                  bersedih?”
                       “Kami sakit. Tempat tinggal kami kering dan tidak subur,”
                  jawab Sang Tanah.

                       “Oh, begitu! Izinkan aku dan keluargaku tinggal

                  di kawasan perdu kamu,” kata Sang Cacing. Sang Pokok
                  dan rakan-rakannya bersetuju.
                       Sejak hari itu, Sang Cacing dan keluarganya telah

                  menggembur tanah dan memberikan baja kepada

                  Sang Pokok. Selain itu, Sang Cacing juga menggali
                  tanah sehingga dapat menambah udara yang
                  masuk ke dalam tanah.

                       Sang Pokok dan rakan-rakannya kembali

                  subur dan berbuah lebat. Mereka tersenyum riang
                  dan mengucapkan terima kasih kepada Sang Cacing.
                  Sejak hari itu, mereka menjadi sahabat sejati.




                           Aktiviti




                  Mempersembahkan cerita.


                    Nota Guru    •   Bimbing murid membaca dan memahami cerita.
                                 AT:  Murid memberikan markah dalam bentuk bintang kepada pencerita. 4.3.2 (i)
                                                                                          BA2: 50
                                 Strategi: KB – Membuat kesimpulan       KP: Verbal-linguistik        47
                                 EMK: Nilai Murni – Saling membantu
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58