Page 54 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 2)
P. 54
Ayat Perintah
Harumnya Daun Kesum
Ayah: Hasan, tolong ambil botol plastik yang dipotong itu.
Hasan: Baiklah, ayah. Saya akan mengambil botol plastik itu.
Ayah: Sila masukkan tanah ke dalam botol itu.
Hasan: Baiklah, ayah. Botol itu akan ditanam pokok apa?
Ayah: Harap kamu dapat menanam pokok kesum
di dalam botol itu.
Hasan: Baiklah, ayah. Selepas itu, apakah yang perlu saya
buat?
Ayah: Tolong siram ___.
Hasan: Saya akan menyiram pokok kesum itu setiap petang.
Ayah: Harap kamu ___.
Hasan: Baiklah, ayah. Saya akan memetik daun kesum itu.
Ayah: ___.
Hasan: Baiklah, ayah. Saya akan memberikan daun kesum
itu kepada jiran.
Info Bahasa
Ayat perintah ialah ayat yang
diucapkan dengan tujuan
memberikan arahan, larangan,
Aktiviti ajakan atau menyampaikan
permintaan.
Menggunakan ayat perintah untuk melengkapkan dialog.
Nota Guru • Bimbing murid memahami ayat perintah dengan berpandukan gambar.
Strategi: KB – Menjanakan idea Pembelajaran Konstruktivisme – 5.3.1 (iv)
48 EMK: Nilai Murni – Kerajinan Menerangkan BA2: 51–52

