Page 17 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SKKKB 2021
P. 17
Membentangkan dan Membahaskan Usul
Usul 1 – En. Subramaniam A/L Romzalinyam
a) Harap membaiki tandas yang rosak.
Maklum balas PK Hal Ehwal Murid :
Tandas akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Awal tahun 2019, ada ibu bapa
yang membaiki tandas yang rosak. Kerosakkan yang kecil biasanya pihak
sekolah akan perbaiki tetapi jika kerosakan yang melibatkan kos yang tinggi,
sekolah memerlukan peruntukan yang besar.
b) Mohon guru kelas dapat membuka “group whatsapp” untuk berkongsi
maklumat.
Maklum balas PK Hal Ehwal Murid :
Terdapat kelas yang membuka “group whatsapp” dan ada yang tidak.
Sebenarnya “group whatsapp” adalah tidak wajib. Jika kelas tiada “group
whatsapp”, ibu bapa boleh datang ke sekolah untuk mendapatkan maklumat
dengan lebih jelas dan lebih wajar.
Usul 2 – En. Mohd Yuszaidy
a) Jumlah sumbangan PIBG tidak ditetapkan lebih dari RM30
memandangkan bebanan ekonomi dan tanggungan ibu bapa.
Maklum balas :
- Pembawa usul tiada.
Usul 3 – Pn. Faridah Maskon
a) Sila pantau harga makanan di kantin sekolah.
Maklum balas PK HEM :
- Pihak sekolah khususnya unit HEM sentiasa memantau harga makanan di
kantin. Untuk pengetahuan, minuman ada 2 kategori iaitu minuman gelas
tanpa susu contohnya air sirap harganya RM0.50 dan manakala air
minuman campur susu seperti air sirap bandung harganya RM1.00. Bagi
harga makanan, harganya berpatutan. Jika nasi lemak , ¼ telur rebus dan
timun harganya RM1.00. Begitu juga dengan mee dan bihun RM1.00 pada
kuantiti yang sesuai. Manakala jika ditambah dengan telur mata atau ayam
harganya RM2.00. Kuih pula ada yang harga RM0.50 dan RM0.40
bergantung kepada saiz. Setiap hari, guru yang bertugas di kantin akan
memantau kantin samada dari segi harga, kuantiti dan kebersihan.

