Page 22 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SKKKB 2021
P. 22
Usul 16 - Pn Rashidah Bibi bt Muhamad Yusof
a) Harap kesesakan depan sekolah dapat di atasi dengan cepat.
Menghadapi kesukaran apabila menurunkan anak dan mengambil
kerana tiada ruang untuk u-turn balik sehingga terpaksa menunggu
lama.
Maklum balas YDP
- Kesesakan jalan raya berlaku di luar kawasan sekolah. Oleh itu,
keselamatan murid-murid di luar pagar bukan tanggungjawab guru.
Namun pihak sekolah amat berterima kasih kepada En. Azlan yang
banyak membantu menjaga keselamatan murid semasa datang dan
balik dari sekolah. YDP mohon kerjasama semua ibu bapa supaya
dapat saling membantu dan memahami ketika menghantar dan
mengambil anak untuk mengelakkan kesesakan di hadapan sekolah.
Usul 17 : Pn. Mawarni Binti Suaid
a) Wakaf tikar gulung
Mencari dana untuk membeli tikar gulung untuk kegunaan aktiviti-
aktiviti sekolah seperti solat hajat, bacaan yaasin perdana, sambutan hari
raya dan sebagainya. Wakaf ini dibuka dari bulan Februari hingga bulan
Jun. Wakaf boleh berbentuk wang tunai atau tikar gulung.
Maklum balas YDP
- Ahli mesyuarat telah diminta membuat undian dan mesyuarat
sebulat suara bersetuju untuk membuat wakaf tikar gulung.
Walau bagaimanapun tiada paksaan, terpulang kepada individu
yang ingin menyumbang.
b) Mengekalkan yuran PIBG RM50 setahun bagi setiap keluarga.
Maklum balas YDP
- Mesyuarat sebulat suara bersetuju yuran PIBG dikekalkan sebanyak
RM50.00.

