Page 19 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SKKKB 2021
P. 19
Usul 8 : Pn. Rabiatul Aisha Binti Yusni
a) Penyimpanan buku teks di dalam storage box di setiap kelas murid.
- Menggalakkan pelajar tidak membawa beg yang berat selain dari terlupa
membawa buku subjek tersebut seperti yang dijadualkan.
- Storage box ditandanama dan bergambar dan dipertanggungjawabkan
kepada setiap murid untuk memastikan susun aturnya kemas.
Maklum balas oleh GB
- Menurut GB, sekolah-sekolah besar memang ada menyewa kotak
sebanyak RM150.00 setahun untuk meletakkan buku-buku murid di
dalam kelas. Namun pihak sekolah tidak mahu membebankan PIBG
memandangkan kewangan tidak mengizinkan. Jika ibu bapa beli
sendiri akan wujud pelbagai warna dan saiz kotak nanti. Oleh itu
undian telah dibuat dan 13 orang ahli mesyuarat telah bersetuju untuk
membuat bayaran bagi pembelian kotak yang seragam. Walau
bagaimanapun GB menegaskan agar tidak wujud nanti masalah kerja
rumah murid tidak siap kerana buku tertinggal di sekolah. Ibu bapa
juga perlu menyemak buku anak-anak di rumah untuk memastikan
kerja rumah siap. Jumlah kutipan ialah RM30.00 bagi setiap murid.
YDP meminta supaya percubaan dilakukan untuk sebuah kelas bagi
kepraktikalan kotak tersebut. Kelas yang dipilih adalah sebagai kelas
rintis.Jika berjaya akan diteruskan.
Usul 9 : En. Mohd Shafiq Bin Isnil Aizar
a) Minta kerjasama dari semua penjaga untuk sediakan 1 Murid 1 Box
untuk simpan barang-barang pelajar. Tujuannya bagi meringankan
beban pelajar membawa buku ke sekolah.
Maklum balas YDP
- Usul ini sama seperti usul 8. Rujuk maklum balas usul 8.

