Page 21 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SKKKB 2021
P. 21
Usul 12 - En Mohd Bahauddin Zurkafly
a) Mesyuarat akan diadakan pada hujung minggu.
Maklum balas YDP
- Sebelum ini mesyuarat dijalankan pada hujung minggu, tetapi apabila
dijalankan pada sebelah petang hari bekerja kehadiran ibu bapa lebih ramai
daripada sebelum ini. Tahniah kepada semua.
Usul 13 – En. Mohd Azmir bin Mohd Aziz
a) Menyediakan kemudahan menyimpan buku di sekolah bagi mengurangkan
beban murid membawa buku yang berat (yang mana boleh menyebabkan
masalah lain seperti masalah tulang belakang bengkok – scoliosis) dalam
jangka masa yang lama.
Maklum balas :
- Pembawa usul tidak hadir – usul yang sama seperti usul 8.
Usul 14 – Pn. Nor Liyana Fitri binti Mohd Hasnan
a) Masalah : beg berat dan buku tertinggal
Cadangan penyelesaian : menyediakan kotak simpanan untuk pelajar.
Diletakkan di sudut belakang kelas.
- Setiap pelajar dibekalkan dengan kotak untuk menyimpan barangan
serta buku masing-masing. Bila diperlukan, hanya perlu keluarkan dari
kotak yang sentiasa ada di dalam kelas.
- Setiap kotak diletakkan gambar dan maklumat murid. Modal untuk
membeli kotak adalah dari ibu bapa dan kotak pelajar boleh dibawa balik
pada akhir tahun.
- Perlukan bantuan dan pantauan dari guru kelas tentang penggunaan dan
penjagaan.
Maklum balas YDP:
- Pembawa usul tidak hadir – usul yang sama seperti usul 8.
Usul 15 – Pn. Siti Asmah binti Mat Wasis
a) Bayaran kertas A4 termasuk dalam yuran PIBG.
Maklum balas YDP:
- Pembawa usul tidak hadir – usul yang sama seperti usul 8.

