Page 23 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SKKKB 2021
P. 23
Usul 18 – Pn Nurol Wahidah bt Hassan
a) Memohon sumbangan sebanyak RM5 seorang murid untuk Kejohanan
Sukan Tahunan Peringkat SK KKB yang akan diadakan pada 28 Mac
2020.
Maklum balas YDP
- Mesyuarat sebulat suarat bersetuju untuk menjelaskan RM5.00 untuk
setiap murid bagi Kejohanan Sukan Sekolah.
b) Memohon sumbangan sebanyak RM100 untuk Program Perkhemahan
Perdana Unit Beruniform Peringkat SK KKB yang akan diadakan di luar
sekolah pada 19 dan 20 Jun 2020 (murid tahap 2 yang berminat).
Maklum balas YDP
- YDP memaklumkan perkhemahan boleh diadakan di luar kawasan
sekolah dan bayaran sebanyak RM100 perlu dibuat jika sekiranya
murid berminat.
Usul 19 – Pn. Nursanty Binti Hassan Berseri
a) Mencadangkan agar ibu bapa atau penjaga menyumbang untuk
Program Kecemerlangan Tahun 5 dan 6 sebanyak RM264 setahun
(Persetujuan dalam Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru tahun 5
dan 6 bagi tahun 2020).
b) Sumbangan untuk Program Knowledge Camp (Murid SUKSES dan Jati
Dari) tahun 5 dan 6 sebanyak RM80.
Maklum balas YDP
- Usul ini telah dijalankan dan telah dipersetujui. Hanya untuk
diminitkan di dalam Minit Mesyuarat Agung PIBG tahun 2020.
Usul 20 – Pn. Fadilah Binti Ahmad
a) Mengekalkan sumbangan 1 murid 1 rim kertas A4 untuk kegunaan
murid (PBD, ujian, peperiksaan dan lembaran kerja).
Maklum balas YDP
- Berdasarkan undian ibu bapa dalam mesyuarat ini, majoriti
bersetuju dengan usul ini.

