Page 102 - PORTFOLIO PENUH Khairul
P. 102
PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN
K
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti,
saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya adalah:
I. Berusaha dengan lebih gigih untuk mengkaji platform atau aplikasi pembelajaran yang
bersesuaian mengikut kepeluan semasa.
II. Berbincang bersama orang-orang yang ahli di dalam sesuatu bidang seperti merujuk
bertemu dengan guru ICT untuk meminta pandangan.
III. Menggunakan aplikasi whiteboard.fi ataupun google doc untuk menjalankan aktiviti
perbincangan secara bertulis.
5. Tempoh Masa Penyelesaian:
1 Minggu
6. Tindakan Susulan:
Saya akan mengambil tindakan susulan iaitu dengan melaksanakan ketiga-tiga cadangan dan
idea penyelesaian masalah seperti yang dinyatakan di atas.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan
7 Julai 2021
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:
Berdasarkan langkah yang dicadangkan, segala perkara yang dirancang dapat dilaksanakan
dengan baik, lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran
aktiviti berkumpulan. Masalah seperti tidak mempunyai idea ataupun tidak mengetahui
menggunakan teknologi tidak sepatutnya menjadi alas an kerana ketika ini terlalu banyak
maklumat ataupun orang yang berkemahiran dalam bidang ICT. Saya telah melaksanakan aktiviti
berkumpulan secara bertulis dengan menggunakan platform whiteboard.fi yang mana murid
boleh menulis sebarang pandangan atau pendapat mereka dan dikongsikan bersama rakan
sekumpulan.

