Page 101 - PORTFOLIO PENUH Khairul
P. 101
PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN
K
Bilangan Jurnal : 8
Minggu Praktikum : 8
Tarikh Peristiwa/Kejadian : 30 Julai 2021
Tajuk Jurnal : Teruskan dan jangan berhenti
1. Isu Yang Difokuskan:
Pada hari Rabu, 30 Jun 2021, saya melaksanakan kelas secara maya melalui platform Google
Meet. Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru pembimbing saya
ada mencadangkan untuk mengadakan aktiviti berkumpulan ketika menjalankan PdP nanti.
Ketika beliau memberikan cadangan tersebut, saya terus berfikir, apakah aplikasi yang sesuai
digunakan, apakah platform yang boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti secara
berkumpulan. Ini kerana sepanjang pelaksanaan pembelajaran atas talian, aktiviti berkumpulan
seperti yang dijalankan di dalam kelas adalah amat sukar dilaksanakan kerana keberadaan murid
yang berada di tempat masing-masing. Oleh itu, untuk melaksanakan aktiviti berkumpulan seperti
berbincang dan sebagainya adalah sesuatu yang agak sukar dilaksanakan.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):
Faktor utama aktiviti secara berkumpulan sukar dijalankan adalah kerana murid-murid tidak
berada di satu tempat yang sama. Hal ini telah menyebabkan sebarang aktiviti yang berbentuk
kumpulan seperti mengadakan perbincangan dan memberikan pembentangan di kalangan murid
tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Adapun jika melakukan aktiviti berkumpulan, murid
hanya mampu melasksanakan secara lisan seperti membaca beramai-ramai. Jika aktiviti
membaca beramai-ramai dijalankan akan berlaku bunyi yang bising dan hingar bingar kerana
murid membaca tidak mengikut tempo masa yang sama.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):
KPM (2007) mendefiniskan guru cemerlang adalah guru yang mempunyai pengetahuan,
kemahiran dan kepakaran yang tinggi serta sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab khususnya dalam bidang yang melibatkan pengajaran
dan pembelajaran.

