Page 98 - PORTFOLIO PENUH Khairul
P. 98
PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN
K
Bilangan Jurnal : 7
Minggu Praktikum : 7
Tarikh Peristiwa/Kejadian : 21 Jun 2021
Tajuk Jurnal : Kawalan Murid di Google Meet
1. Isu Yang Difokuskan:
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), saya telah melaksanakan
kelas secara atas talian beberapa kali bersama murid selain memberi tugasan juga atas talian
andai kelas secara segerak tidak dilaksanakan. Isu yang ingin difokuskan pada kali ini adalah
kawalan murid semasa melaksanakan kelas atas talian iaitu menggunakan aplikasi Google Meet.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):
Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran (pdp) secara bersemuka di aplikasi Google
Meet (GM), saya telah menghadapi sedikit kesukaran untuk mengawal murid bagi memastikan
proses pembelajaran menjadi lancar. Masalah ini dihadapi terutama ketika mengadakan pdp
secara bersemuka bersama tahun 1 Pintar. Ketika pdp sedang berlangsung terdapat murid yang
tidak menutup mikrofon, ini telah mengganggu pdp kerana mengakibatkan bunyi bising sehingga
mengganggu murid lain untuk mendengar pengajaran yang disampaikan oleh guru. Selain itu
juga, murid-murid masih kurangkan cekap untuk mengendalikan GM, apabila guru ingin meminta
respon daripada murid seperti meminta murid membacakan contoh kalimah Al-Quran, murid tidak
dapat memberikan respon secara terus. Dan sekiranya terdapat ibu, bapa atau di samping
mereka, barulah mereka mampu memberikan respon dengan lancar
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):
Kemahiran kawalan bilik darjah merupakan satu perkara yang wajib dikuasai oleh semua guru.
Bukan sekadar secara bersemuka, bahkan secara atas talian. Bilik darjah yang mempunyai
pelajar-pelajar yang bertingkah laku baik menjadikan tugas pengajaran guru “one of the most
wonderful jobs in the world” kerana setiap hari guru mengalami pelbagai pengalaman yang baru
dan berbeza di bilik darjah (Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh, 2009). Apabila guru

