Page 89 - PORTFOLIO PENUH Khairul
P. 89

PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN



                                                                                                    K
               Bilangan Jurnal              :      4

               Minggu Praktikum             :      4


               Tarikh Peristiwa/Kejadian  :        17 Mei 2021

               Tajuk Jurnal                 :      Quizziz, Aktiviti PdP Norma Baharu






               1. Isu Yang Difokuskan:


               Pada 6 Mei 2021, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah dijalankan di seluruh Selangor
               akibat penularan wabak Covid-19 yang terlalu pantas merebak. Sekolah-sekolah rendah juga
               turut terlibat dan diarahkan penutupan serta merta. Bermula hari itu, guru-guru telah mengambil

               inisiatif mencari jalan bagi melaksanakan pembelajaran secara atas talian tidak terkecuali guru
               pelatih. Saya juga telah mula mencari platform terbaik bagi menjalankan PdP, dan melaksanakan
               kuiz melalui aplikasi Quizziz menjadi pilihan saya.







               2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):

               Quizziz merupakan suatu inisiatif baharu yang segar bagi guru-guru melaksanakan pentaksiran
               lantaran  perisiannya  yang  sangat  menarik.  Saya  telah  membina  soalan  di  aplikasi  tersebut.

               Namun  begitu,  oleh  sebab  mata  pelajaran  yang  saya  fokuskan  ialah  Pendidikan  Islam  yang
               memerlukan penggunaan tulisan jawi, aplikasi tersebut tidak begitu mesra bagi penulisan jawi.

               Terdapat beberapa perkataan yang tidak jelas titiknya dan sukar untuk dibaca. Dan juga terdapat
               kekangan  murid  dalam  mengakses  Quizizz  kerana  terdapat  murid  yang  menggunakan  emel
               selain emel moe_dl@gmail.com






               3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):


               Matlamat  utama  penggunaan  teknologi  dalam  P&P  adalah  untuk  menarik  minat  pelajar,  di
               samping  meningkatkan  lagi  keberkesanan  P&P  (Ahmad  Zaki  et.  al.,  2014).  Quizziz  memang
               menarik minat murid untuk menjawab soalan, namun tetap tidak berjaya dilaksanakan sekiranya
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94