Page 93 - PORTFOLIO PENUH Khairul
P. 93

PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN



                                                                                                    K
                  I.   Saya perlu menguasai dengan tepat terlebih dahulu kemahiran-kemahiran pengajaran
                       yang mampu melibatkan semua murid sebelum kelas bermula.

                 II.   Menggunakan senarai nama ataupun cabutan nama untuk mengelakkan pengulangan
                       orang yang sama memberikan respon.
                 III.   Sering  memberikan  galakan  kepada  murid  untuk  memberikan  respon  dan  juga

                       mengingatkan kepada murid agar sentiasa memberi peluang dan juga sokongan kepada
                       rakan-rakan yang lain untuk turut memberikan respon atapun bertanya.



               5. Tempoh Masa Penyelesaian:


               1 minggu



               6. Tindakan Susulan:


               Saya melaksanakan tindakan seperti yang dicatat pada cadangan dan penyelesaian di atas.




               7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

               14 Jun 2021




               8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan:

               Berdasarkan  langkah  yang  dicadangkan,  murid  dapat  bergiat  denga  lebih  aktif  sewaktu
               pengajaran  dan  pembelajaran  yang  dijalankan  meskipun  dijalankan  secara  maya  di  dalam

               aplikasi Google Meet. Saya juga semakin menguasai kemahiran komunikasi selepas melakukan
               tindakan susulan atas nasihat daripada pensyarah pembimbing tersebut.




               9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

               Kesimpulannya, saya perlu lebih bersedia, cakna dan merujuk dahulu pensyarah ataupun guru

               pembimbing tentang sesuatu kemahiran sebelum menggunakannya di dalam kelas. Di samping
               itu,  saya  juga  perlu  lebih  kreatif  dalam  memberikan  sesuatu  arahan  atau  menyampaikan  isi
               pelajaran agar mudah difahami oleh murid di samping dapat menarik perhatian mereka untuk

               memberikan respon.
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98