Page 92 - PORTFOLIO PENUH Khairul
P. 92

PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN



                                                                                                    K
               Bilangan Jurnal              :      5

               Minggu Praktikum             :      5


               Tarikh Peristiwa/Kejadian  :        24 Mei 2021

               Tajuk Jurnal                 :      Interaksi Bersama murid di dalam aplikasi Google Meet






               1. Isu Yang Difokuskan:


               Saya  telah  menjalankan  sesi  pengajaran  dan  pembelajaran  di  kelas  5  Cemerlang  bagi  mata
               pelajaran  Pendidikan  Islam.  Sepanjang  sesi  pengajaran  tersebut,  saya  telah  mendapati
               penglibatan  murid  untuk  berinteraksi  agak  kurang  dan  murid  yang  aktif  untuk  berinteraksi

               hanyalah murid yang sama. Dan jika terdapat murid yang berlainan untuk memberikan respon,
               murid tersebut mungkin akan memberikan respon yang agak sedikit lambat.




               2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):

               Saya banyak menggunakan teknik meminta untuk murid secara sukarela memberikan respon. Ini

               telah mengakibatkan hanya murid yang pantas dan mempunyai tahap kecerdasan kognitif yang
               lebih  sahaja  yang  memberikan  respon.  Lalu  murid  murid  yang  mempunyai  kekurangan  akan
               menjadi agak terpinggir di dalam kelas.




               3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):


               Siti  Nurshiamul  Kamilah,  (2014)  menegaskan  bahawa  guru  perlu  menguasai  kemahiran
               komunikasi dan kemahiran pengajaran terlebih dahulu kerana perlu mengaplikasikannya secara
               maksimum di dalam kelas di samping perlu memastikan pelajar menguasai kemahiran tersebut

               selepas sesi pembelajaran.



               4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:


               Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti,
               saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya adalah:
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97