Page 10 - Pengurusan Unit Kokurikulum SK(F)LM 2020
P. 10

BIDANG TUGAS / SENARAI TUGAS  KOKURIKULUM



             UMUM

                Merancang aktiviti kokurikulum sekolah secara jangka pendek.
                Mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa dan menyediakan minit berkenaan.
                Menggubal dasar dan peraturan kokurikulum sekolah.
                Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
                Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh dan sukan untuk semua.
                Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat
                 daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
                Memastikan Pengurusan Kokurikulum Tahun3 – 6 dilaksanakan secara berkesan.
                Menggalakkan semua murid Tahun3 – 6 melibatkan diri secara aktif untuk mendapat
                 markah cemerlang / gred A.
                Menentukan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
                Menentukan tarikh Sukan Tahunan, Merentas Desa dan kegiatan-kegiatan tahunan
                 yang lain.
                Membuat bajet perbelanjaan dan peruntukan kewangan untuk kegiatan kokurikulum.
                Memantau pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
                Menilai aktiviti setengah tahun dan setahun tahunan serta membuat laporan.
                Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar-pelajar.
                Menyediakan laporan bertulis dan memaklumkan kepada Guru Besar.


            SETIAUSAHA KOKURIKULUM

              Menyelaraskan semua aktiviti kokurikulum sekolah.
              Membantu Guru Besar dan PK Kokurikulum mengagihkan tugas kepada guru dalam aktiviti
               kokurikulum, perancangan, pelaksanaan dan penilaian murid.
              Menetapkan pelajar dalam unit kokurikulum.
              Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti kelab/ persatuan/ pasukan badan
               beruniform dan sukan / permainan.
              Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
              Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
              Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti kokurikulum di dalam dan di luar sekolah.
              Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan kokurikulum sekolah.
              Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi.
              Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan latihan
               dengan mereka.
              Menyimpan dan mengemaskinikan buku stok dan inventori peralatan kokurikulum.
              Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan kokurikulum.
              Menyediakan dan merekodkan laporan lengkap tentang semua aktiviti kokurikulum sekolah dan luar
               sekolah untuk rujukan.
              Sentiasa berbincang dengan Guru Besar / PK kokurikulum untuk kepentingan kokurikulum.


            SETIAUSAHA SUKAN

               Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah.
               Melaksanakan Majlis Sukan Sekolah.
               Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD / MSSS / MSSM.
               Membantu Guru Besar dan PK Kokurikulum mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan.
               Menyelaras semua permainan / olahraga antara kelas, Rumah Sukan dan antara sekolah.
               Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.


            PENGURUSAN KOKURIKULUM SKFLM 2020                                                                    8
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15