Page 11 - Pengurusan Unit Kokurikulum SK(F)LM 2020
P. 11
Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
Menyimpan dan mengemaskinikan buku stok dan inventori peralatan sukan.
Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran,
rujukan dan rekod.
Sentiasa berbincang dengan Guru Besar / PK Kokurikulum/ PK HEM untuk kepentingan sukan
sekolah.
Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian
Sukan Sekolah.
Menghadiri kursus dari masa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.
Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar.
PENYELARAS KELAB / PERSATUAN DAN BADAN BERUNIFORM
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Mengatur dan menyelia perjalanan kelab sukan / permainan / persatuan / kelab / pasukan badan
beruniform.
Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
Menyediakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pelajar menyertai persatuan / kelab /
pasukan badan beruniform.
Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang
ditetapkan.
Menguruskan Buku Laporan / Buku Kokurikulum :-
Mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada murid.
Mengumpul semula daripada guru kelas pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di bilik PK
Kokurikulum.
Menyediakan borang / buku yang diperlukan untuk aktiviti :-
Borang penyertaan persatuan.
Borang senarai AJK dan ahli.
Buku laporan aktiviti.
Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod.
Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.
Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Guru Besar.
PENYELARAS 1M1S / PERMAINAN
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Memastikan guru penasihat permainan menubuhkan pasukan yang mewakili sekolah dalam
acara yang sesuai.
Memastikan setiap murid melibatkan diri dalam mana-mana sukan / permainan sama ada
peringkat sekolah dan luar.
Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
Menyelaras semua aktiviti sukan / permainan.
Mengurus semua jenis pertandingan sukan/ permainan.
Memastikan semua murid dan guru mematuhi undang-undang dan peraturan pertandingan
sukan / permainan.
Membantu guru penasihat menguruskan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk penyertaan
murid.
Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
PENGURUSAN KOKURIKULUM SKFLM 2020 9

