Page 13 - Pengurusan Unit Kokurikulum SK(F)LM 2020
P. 13

GURU PENASIHAT

                Menubuhkan Jawatankuasa Guru Rumah bagi mengurus pertandingan antara rumah:
                  o    Pengerusi (Ketua)
                  o    Setiausaha
                  o    Bendahari
                  o    Ahli Jawatankuasa
                Menubuhkan jawatankuasa Pelajar Rumah Sukan bagi membantu guru-guru rumah
                 mengurus pertandingan antara rumah seperti jawatan dalam perkara satu di atas.
                Memilih dan melatih wakil atau pasukan rumah untuk menyertai pertandingan antara
                 Rumah dalam acara sukan, olahraga, permainan atau pertandingan aktiviti
                 kokurikulum yang lain pada hari yang ditetapkan. Guru dan pelajar wajib hadir pada
                 waktu latihan dan kedatangan dicatatkan dalam buku kehadiran.
                Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
                Merekodkan kedatangan pelajar sewaktu latihan.
                Mengawasi keselamatan pelajar sewaktu latihan.
                Sentiasa berbincang dengan ketua rumah untuk meningkatkan prestasi rumah.


             TUGAS GURU PERMAINAN


                Membentuk jawatankuasa.
                Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam
                 permainan.
                Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.
                Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
                Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum
                 sekolah.
                Menganjurkan perlawanan antara Rumah sukan / Kelas / Tingkatan / Sekolah.
                Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
                Menguruskan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pertandingan luar sekolah.
                Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
                Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
                Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
                Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik,
                 selamat dan mencukupi untuk digunakan.
                Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
                Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
                 mempertingkatkan nya.
                Merekod nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang.
                Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia, Kebudayaan dan
                 Sukan, Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Permainan / Sukan.
                Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.


             JAWATANKUASA KELAB / PERSATUAN

             KETUA PENASIHAT KELAB / PERSATUAN / BADAN BERUNIFORM

                Menyediakan jadual aktiviti mengikut takwim sekolah dan tempat aktiviti dijalankan.
                Menentu dan menyelaraskan guru bertugas yang mengendalikan aktiviti.
                Mengadakan mesyuarat dan minit mesyuarat berkaitan.
                Mengendalikan pemilihan AJK pelajar dan melantik mereka yang bertanggungjawab
                 dan berkebolehan membantu guru-guru penasihat.
                Memantau guru yang bertugas semasa aktiviti dijalankan.
                Menyediakan TOV tahun 2019 / target 2020.
                Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah
                 (Melalui Guru Besar).



            PENGURUSAN KOKURIKULUM SKFLM 2020                                                                   11
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18