Page 15 - Pengurusan Unit Kokurikulum SK(F)LM 2020
P. 15

JAWATANKUASA BADAN BERUNIFORM

             KETUA PENASIHAT KELAB / PERSATUAN / BADAN BERUNIFORM

                Menyediakan jadual aktiviti mengikut takwim sekolah dan tempat aktiviti dijalankan.
                Menentu dan menyelaras guru bertugas yang mengendalikan aktiviti.
                Mengadakan mesyuarat dan minit mesyuarat berkaitan.
                Mengendalikan pemilihan AJK pelajar dan melantik mereka yang bertanggungjawab
                 dan berkebolehan membantu guru-guru penasihat.
                Memantau guru yang bertugas semasa aktiviti dijalankan.
                Menyediakan TOV tahun 2019 / target 2020.
                Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah
                 (Melalui Guru Besar).
                Memastikan inventori peralatan dan kelengkapan sentiasa dalam keadaan baik,
                 selamat dan mencukupi untuk digunakan.
                Memastikan semua pelajar mendapat kebenaran daripada ibu bapa / penjaga yang
                 sah untuk menyertai aktiviti di luar sekolah.
                Memastikan setiap tajaan / kutipan derma untuk persatuan mendapat kelulusan
                 daripada Guru Besar.
                Mengemaskinikan Kad Rekod Gerko dan menandatanganinya untuk rujukan Laporan
                 Adab Belajar, Sijil Berhenti Sekolah atau Sijil Kokurikulum.
                Mengemaskinikan rekod keahlian, inventori fail untuk semakan / serahan tugas.
                Membentuk pelapis pemimpin di kalangan pelajar.
                Mencadangkan nama-nama pelajar yang layak menerima sijil penghargaan kepada
                 jawatankuasa sekolah.
                Memastikan buku log aktiviti pelajar dikemaskinikan dengan maklumat yang lengkap.
                Memastikan Buku Laporan Aktiviti telah dikemaskinikan dan ditandatangani oleh guru
                 penasihat yang bertugas untuk diserahkan kepada GPK Kokurikulum pada setiap
                 bulan untuk semakan / rekod.
                Melengkapkan maklumat kokurikulum dalam LAB (Laporan Adab Belajar).
                Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar / PK Kokurikulum.

              SENARAI TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT

                Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid. Memastikan Mesyuarat Agung
                 diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
                Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
                Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
                Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
                 Perlembagaan.
                Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
                Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan Beruniform,
                 Kelab, Persatuan dan Kelab Sukan dan Permainan.
                Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda / peralatan diurus dengan baik.
                Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
                Mendaftar Pasukan Badan Beruniform, Kelab / Persatuan dan Kelab Sukan dan
                 Permainan kepada Guru Besar atau Badan Induk.
                Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-
                 ahli.
                Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah / zon / daerah /
                 negeri / kebangsaan dan antarabangsa dengan baik.
                Mengiringi dan sentiasa bersama ahli dalam lawatan, aktiviti atau projek yang
                 dijalankan.
                Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
                Menandatangani Buku / Borang kehadiran Ahli.
                Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.



            PENGURUSAN KOKURIKULUM SKFLM 2020                                                                   13
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20