Page 163 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 163

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
             9.2.2  Alat Membuat            Alat Membuat Keputusan Kualitatif
                  Keputusan Kualitatif       Keputusan kualitatif pula adalah merujuk kepada penggunaan pertimbangan yang subjektif berdasarkan idea,
                                              kreativiti, pengalaman, gerak hati dan pendapat dalam membantu pengurus membuat keputusan.
                  b) Mengaplikasikan alat    Contoh alat keputusan kualitatif adalah seperti analisis sebab dan kesan (analisis tulang ikan), sumbang saran,
                     membuat keputusan        kumpulan fokus, teknik Delphi, dan teknik kumpulan nominal. kreativiti dan inovasi.
                     kualitatif seperti
                     analisis tulang ikan,   1.  Analisis Tulang Ikan (Analisis Sebab dan Kesan)
                     sumbang saran,             Analisis tulang ikan merujuk kepada sumber masalah iaitu masalah manusia, mesin,  kaedah dan bahan dan
                     kumpulan fokus,             kesan yang wujud.
                     teknik Delphi, dan         Kaedah  ini  digunakan  bagi  mengenal  pasti  masalah  sebenar  melalui  percambahan  fikiran.    Masalah
                     teknik kumpulan             dibahagikan  kepada  empat  perkara  utama  iaitu  sama  ada  ia  berpunca  dari  manusia,  bahan,  mesin  atau
                     nominal.                    kaedah.  Untuk mengetahui masalah tersebut perbincangan dalam kumpulan amat diperlukan.
                                                Semasa  percambahan  fikiran  ahli-ahli  akan  memikirkan  sebab  atau  punca  masalah  dan  menyenaraikan
                     Griffin(1993)               pecahan kecil masalah mengikut kategori masalah yang ditetapkan.
                     Daft (2008)                Kaedah  ini  akan  mengeluarkan  seberapa  banyak  pecahan  kepada  masalah  dan  mencadangkan  kaedah
                                                 penyelesaian kepada masalah tersebut.

                                               Kepala ikan :
                                                 Akibat (kesan) dari masalah seperti produk tidak berkualiti.

                                               Cabang utama:
                                                 Adalah masalah utama yang mungkin disebabkan oleh  mesin, manusia, bahan atau kaedah

                                               Ranting:

                                                 Pecahan kecil kepada masalah utama.
                                                 Contoh jika masalah mesin, pecahan kepada masalah mesin adalah mesin lama, mesin selalu rosak, jenis
                                                  mesin yang tidak standard, kapasiti mesin tidak sesuai dan sebagainya.
                                                 Begitu juga dengan masalah manusia, kaedah dan bahan.


                                                                                                                                           MUKA SURAT 302
   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168