Page 165 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 165

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                            3. Kumpulan focus
                                                Merujuk kepada sekumpulan individu yang menyumbangkan maklumat dalam format berstruktur. Setiap
                                                 ahli kumpulan mesti mempunyai pelbagai kebolehan dan kemahiran.
                                                Perkara yang perlu dilakukan sebelum sesuatu sesi perbincangan untuk membuat keputusan adalah seperti
                                                 berikut;
                                                  i.  Seorang fasilitator akan dilantik untuk membantuk kumpulan membuat perbincangan.
                                                  ii. Penyertaan  setiap  ahli  kumpulan  amat  diperlukan  dalam  setiap  sesi  perbincangan  bagi  meghasilkan
                                                     pelbagai idea baru.
                                                  iii. Ahli kumpulan akan dirangsang dengan kritikan-kritikan dari ahli kumpulan untuk menghasilkan idea
                                                     dalam proses membuat keputusan supaya idea menjadi lebih kreatif.
                                                  iv. Setiap idea akan disaring dan akhirnya satu keputusan akan dapat dicapai atas persetujuan setiap ahli di
                                                     dalam kumpulan fokus.

                                            4.Teknik Delphi
                                                Merujuk  kepada  pengutipan  data  atau  maklumat  berdasarkan  kaedah  tinjauan  daripada  ahli-ahli  yang
                                                  terlibat.
                                                Kaedah pelaksanaan teknik Delphi adalah seperti berikut;
                                                  i.  Setiap ahli akan memberi idea kreatif secara bertulis, yang kemudiannya akan menjadi rujukan dalam
                                                     membuat keputusan.
                                                  ii. Tarkrifan keperluan maklumat atau data diberikan kepada setiap ahli.
                                                  iii. Ahli-ahli  dalam  kumpulan  tidak  bersua  muka,  mereka  akan  memberi  idea  secara  bertulis  dan  tidak
                                                     bertemu antara satu sama lain, dengan itu setiap ahli bebas mengemukakan idea walaupun idea yang
                                                     diberi merupakan idea yang sensitif.
                                                  iv. Idea  atau  pandangan  yang  diberi  akan  dikumpul  dan  akan  dinilai  oleh  ketua  kumpulan  yang  pakar
                                                     dalam  menganalisis  serta    akan  disebarkan  kepada  ahli  kumpulan    sehinggalah  idea  tersebut  akan
                                                     dipersetujui oleh setiap ahli kumpulan.

                                                Kelemahan menggunakan kaedah teknik Delphi;
                                                  i.  Ahli kumpulan yang terlibat mungkin bukan pakar dalam bidang yang dibincangkan.
                                                  ii. Sukar untuk membentuk kumpulan yang berakauntabiliti, kerana setiap ahli kumpulan tidak dikenali
                                                                                                                                           MUKA SURAT 304
   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170