Page 167 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 167

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
             9.3  Faktor Yang Mempengaruhi  Pembuatan Keputusan

             9.3.1 Faktor Kedapatan         Pengaruh faktor kedapatan maklumat terhadap pembuatan keputusan
                  Maklumat                    Faktor  kedapatan  maklumat  merujuk  kepada  maklumat  yang  diperolehi    tepat  ataupun  sah,  bagi
                                               membolehkan sesuatu keputusan yang dibuat itu adalah betul dan berkualiti.
                 a)  Membincangkan            Pembuat keputusan boleh menggunakan Sistem Maklumat Pengurusan supaya sesuatu keputusan itu lebih
                    pengaruh faktor            berkualiti dan tepat.
                    kedapatan maklumat        Sistem maklumat pengurusan dalam sesebuah organisasi melibatkan aktiviti memungut data, menyusun data,
                    terhadap pembuatan         membuat interpretasi data dan menyebarkan maklumat kepada pembuat keputusan.
                    keputusan.              Faktor Kedapatan Maklumat.
                                            1.    Cara mendapatkan maklumat.
                    Griffin(1993)               Sekirannya  cara  atau  kaedah  untuk  mendapatkan  maklumat  adalah  jelas  dan  sumber  yang  sahih  maka
                    Daft (2008)                 keputusan yang dibuat adalah lebih baik. Contoh: cara mendapatkan maklumat tentang lokasi perniagaan
                    Schermerhorn (2007)         dilakukan  dengan  cara  soal  selidik  kepada  bakal  pengguna,  mendapatkan  maklumat  daripada  jabatan
                                                penilaian, membuat pemerhatian terhadap persaingan dll. Maka kaedah yang digunakan adalah menyeluruh
                                                dan seterusnya pemilihan lokasi perniagaan adalah lebih tepat.

                                            2.    Jumlah atau kuantiti maklumat
                                                Sekiranya maklumat yang diperoleh adalah banyak dan dari perlbagai sumber, maka keputusan pemilihan
                                                lokasi perniagaan yang lebih baik dapat dibuat.

                                            3.    Jangka masa atau tempoh mendapatkan maklumat
                                                Sekiranya  mempunyai  jangka  masa  yang  panjang,  maka  usahawan  boleh  mendapatkan  maklumat  yang
                                                lebih banyak dan berkualiti, maka keptusan pemilihan lokasi perniagaan adalah lebih tepat.

                                            4.    Kualiti maklumat
                                                Maklumat  yang  diperoleh  berkualiti  dan  dari  sumber  yang  sahih  serta  boleh  diukur,  maka  keputusan
                                                pemilihan  lokasi  adalah  lebih  baik.  Contoh:  mendapat  maklumat  berkualiti  tentang  harga  tanah,  harga
                                                bangunan,  potensi  masa  hadapan,  jumlah  persaingan  dll  dalam  maklumat  berangka,  maka  lebih  mudah
                                                untuk membuat keputusan.
                                                                                                                                           MUKA SURAT 306
   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172