Page 166 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 166

MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
                                                     oleh ahli kumpulan lain.
                                                  iii. Mengambil masa yang lama dalam mengumpul data dan maklumat.
                                                  iv. Kemungkinan ahli dalam kumpulan akan bertukar disebabkan masa  yang terlalu lama diambil, atau
                                                     masalah yang dibincangkan terlalu sukar.
                                                  v.  Ahli kumpulan sukar memahami soalan dan akan menyebabkan persetujuan tidak dapat dicapai dengan
                                                     mudah.

                                            5.  Teknik Kumpulan Nominal
                                                 Merupakan  satu  kumpulan  panel  yang  ditubuhkan  dengan  mempunyai  struktur  supaya  dapat  memberi
                                                  peluang kepada semua ahli memberi idea dan alternatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang wujud.
                                                 Proses menghasilkan idea melalui kumpulan nominal adalah seperti berikut;
                                                  i.  Mengenalpasti masalah, kumpulan dikehendaki menulis seberapa banyak alternatif secara bebas.
                                                  ii. Setiap ahli diberi peluang menulis idea tersebut dipapan tulis untuk dibincangkan.  Setiap ahli lain akan
                                                     diberi  peluang  membincangkan  setiap  idea  yang  diberikan,  proses  penambahbaikan  idea  dilakukan
                                                     pada peringkat ini.
                                                  iii. Proses  pengundian  awal  akan  dibuat  untuk  memilih  idea  yang  bernas  yang  boleh  menyelesaikan
                                                     masalah.
                                                  iv. Proses pengundian akhir dibuat untuk memilih satu alternatif yang terbaik bagi menyelesaikan sesuatu
                                                     masalah.











                                                                                                                                           MUKA SURAT 305
   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171