Page 7 - ISP 2016-2018
P. 7

PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 2016 - 2018
                      KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

PERUTUSAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN

                       Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

                       Syabas saya ucapkan kerana pihak Kementerian Perusahaan
                       Perladangan dan Komoditi (MPIC) telah berjaya menghasilkan
                       Pelan Strategik Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau
                       Information and Communication Technology Strategic Plan (ISP),
MPIC bagi tempoh 2016-2018. Pelan Strategik ICT ini dibangunkan bertujuan bagi
menyokong Pelan Strategik Kementerian dalam memastikan pengurusan teknologi
maklumat di Kementerian ini berjalan dengan lancar.

Saya amat berbangga kerana MPIC telah berjaya merangka pelan perancangan
strategik ICT yang jelas, khususnya yang memberi fokus kepada pelaksanaan dan
pembudayaan ICT di MPIC. Pelan yang komprehensif ini merupakan kesinambungan
hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan penggunaan ICT di dalam Perkhidmatan
Awam dan menjadi pemudah cara kepada ‘core business’ MPIC.

Meskipun pelan ini dirangka hanya bagi tempoh tiga (3) tahun pelaksanaannya,
namun ia harus dijadikan satu gagasan tindakan yang perlu diberikan perhatian dan
keutamaan selain tugas-tugas semasa dalam skop ‘core business’ MPIC.
Perancangan yang dimasukkan ke dalam pelan ini merupakan usaha berterusan
MPIC untuk memastikan agar semua program yang disenaraikan tersebut dapat
dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan demi merealisasikan hasrat warga
MPIC khususnya dalam bidang ICT.

Saya berkeyakinan bahawa usaha-usaha dan perancangan yang terkandung di dalam
pelan ini dapat dilaksanakan secara berperingkat bagi memenuhi tuntutan Petunjuk
Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Pembangunan ISP
MPIC yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM),
pegawai-pegawai BPM dan lain-lain Bahagian, kerana telah berjaya membangunkan
Dokumen ISP ini secara dalaman (in-house) dalam tempoh masa yang ditetapkan.

                                                                                                      3|TERHAD
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12