Page 9 - ISP 2016-2018
P. 9

PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 2016 - 2018
                      KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

PERUTUSAN TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PERANCANGAN STRATEGIK
DAN PENGURUSAN) SELAKU KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO) MPIC

                       Syukur Alhamdulillah kerana Bahagian Pengurusan Maklumat
                       (BPM) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)
                       telah berjaya menyiapkan Pelan Strategik ICT ini dengan sempurna.
                       Sebagaimana yang kita sedia maklum, Pelan Strategik ICT ini
                       digubal bagi menyokong Pelan Strategik Kementerian yang sedia
                       ada dan bagi memantapkan lagi pentadbiran ICT di MPIC.

Dilihat dari sudut sejarah, penggunaan komputer pada asalnya adalah bagi
mengautomasikan kerja-kerja yang sebelum ini dijalankan secara manual. Selaras
dengan peredaran masa, penggunaan komputer kini menjadi semakin meluas
merangkumi pelbagai bidang pengurusan. Penting bagi kita warga MPIC mengetahui
bahawa ICT memberikan impak yang cukup besar dalam meningkatkan pengurusan
organisasi, penyediaan perkhidmatan kepada orang ramai malah dalam rutin
kehidupan kita seharian. Sehubungan dengan itu, kita haruslah lebih berhati-hati
dalam membuat perancangan dan persediaan supaya mendapat manfaat yang
maksimum dan pada masa yang sama mengelakkan kesan negatif yang turut dibawa
bersama.

Selain itu, kita juga perlu peka terhadap beberapa isu dan cabaran dalam
melaksanakan program-program yang berteraskan ICT tersebut. Dua isu utama yang
perlu ditekankan di sini adalah daripada aspek keselamatan dan penyelarasan
teknologi maklumat itu sendiri.

Isu keselamatan ICT kini menjadi semakin kritikal dan mencabar. Ia bukan sahaja
berlaku di jabatan-jabatan kerajaan malah boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat
yang mempunyai kemudahan Internet atau rangkaian sistem komputer. Kawalan pada
waktu dahulu adalah lebih mudah kerana komputer hanya boleh diakses oleh orang
tertentu dan dihadkan kepada mereka yang berkenaan atau yang diberi kebenaran
sahaja. Namun kini dengan adanya kemudahan Internet, menjadikan dunia semakin

                                                                                                      5|TERHAD
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14