Page 12 - ISP 2016-2018
P. 12
PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 2016 - 2018
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
1.2 SKOP
Skop pelaksanaan projek pembangunan ISP MPIC merangkumi tiga (3) perkara
utama iaitu:
i. Keperluan ICT di MPIC melibatkan pengguna, rangkaian, peralatan ICT,
sistem aplikasi dan tadbir urus ICT;
ii. Keperluan implementasi ICT di MPIC dan kolaborasi dengan agensi-agensi
di bawah MPIC serta agensi pusat;
iii. Menyokong Pelan Strategik MPIC 2009-2020 (Pindaan 2015).
1.3 PENDEKATAN PROJEK
Pembangunan ISP MPIC menggunakan metodologi Analisa, Strategi, Formulasi -
ASF v1.2 bagi mengenal pasti keperluan bisnes agensi dan seterusnya menetapkan
visi, misi dan teras strategik serta penghasilan inisiatif dan pelan tindakan ICT MPIC
bagi tempoh tiga (3) tahun iaitu 2016-2018. Metodologi ASF melalui tiga (3) fasa
utama iaitu :
Analisa
Formulasi Strategi
Rajah 1-1: Tiga (3) fasa metodologi ASF
8|TERHAD

