Page 11 - ISP 2016-2018
P. 11

PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 2016 - 2018
                      KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

BAB 1: LATAR BELAKANG PROJEK

1.1 PENGENALAN

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) berperanan sebagai
jentera penggerak dalam membangunkan sektor perladangan dan komoditi yang
terdiri daripada sektor sawit, kayu-kayan, getah, koko, lada dan kenaf. Sektor
perladangan dan komoditi tersebut menjadi antara penyumbang utama kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang turut menawarkan peluang kerjaya yang
cerah kepada individu atau syarikat yang menceburinya.

Peranan MPIC dalam meningkatkan sumbangan sektor perladangan dan komoditi
kepada ekonomi negara memerlukan satu sistem penyampaian maklumat yang
berkesan kepada pelanggan dan stakeholders. Selaras dengan itu, MPIC sentiasa
mempertingkatkan usaha memantapkan perancangan ICT bagi memastikan
pelaksanaan segala tanggungjawab MPIC selaras dengan visi dan misi Kerajaan
untuk menghasilkan Perkhidmatan Awam yang cekap dan berkualiti.

Sehubungan dengan itu, MPIC perlu membangunkan Pelan Strategik ICT (ISP) bagi
menjajarkan inisiatif ICT secara menyeluruh untuk memenuhi keperluan ICT semasa
dan akan datang. ISP MPIC dibangunkan dengan mengambil kira segala keperluan
untuk memenuhi hala tuju dan objektif MPIC. ISP MPIC juga dibangunkan untuk
menyokong ISP agensi-agensi di bawah MPIC agar perancangan pembangunan ICT
agensi-agensi selari dengan perancangan pelaksanaan program dan aktiviti yang
dirancang oleh kementerian.

ISP MPIC yang dibangunkan ini adalah bagi tempoh 2016 – 2018. ISP 2016 – 2018
merupakan ISP yang disemak semula daripada ISP 2013-2015 yang telah tamat
tempoh. ISP 2016-2018 dibangunkan dengan mengubahsuai visi, misi, dan teras
strategik ICT kementerian mengikut perkembangan semasa.

                                                                                                      7|TERHAD
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16