Page 6 - BOOKLET SKARY 2021
P. 6

UCAPAN PERASMI










         Dan salam sejahtera.

         Terima  kasih  dan  tahniah  yang  tidak  terhingga  saya  ucapkan  kepada  ibu  bapa  dan
         guru-guru yang sudi melapangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali
         ke-20  SK  Abdul  Rahman  Yassin.  Semoga  pertemuan  yang  penuh  bermakna  secara
         dalam talian  ini dapat sama-sama menghasilkan suatu yang bakal memberi kebaikan
         kepada kita semua. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan menunjukkan komitmen tinggi
         terhadap persatuan ini.

               Dalam  usaha  kita  untuk  menjana  kecemerlangan  ini,  pihak  PIBG  sentiasa
         menyokong  agenda  pihak  sekolah  demi  kecemerlangan  anak-anak.  Mesyuarat  agung
         yang diadakan ini diharapkan dapat memberi sumbangan dari segi material, idea yang
         realistik, sokongan padu  dan tenaga demi kemajuan anak-anak kita.

                     Kecemerlangan  sesebuah  sekolah  bukan  sahaja  bergantung  kepada  hebatnya
         guru  mengajar,  pakarnya  pihak  pentadbir  mengurus  sekolah  sebaliknya  perlu  seiring
         dengan  komitmen  ibu  bapa.  Kita  tidak  boleh  lepas  tangan  menyerahkan  bulat-bulat
         urusan  mendidik  anak-anak  kepada  pihak  sekolah.  Justeru,  kerjasama  semua  pihak
         khususnya PIBG di harap dapat menjalankan tanggungiawab hagi mendidik anak-anak
         kita menjadi modal insan yang berilmu, berakhlak mulia, cemerlang dan seterusnya akan
         berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

               Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan
         musyawarah jika timbul sebarang masalah, disiplin anak-anak atau salah faham sesama
         kita.  Sebagai  contoh,  pembelajaran  dari  rumah  atau  PdPR.  Jangan  kita  biarkan
         anak-anak  kita  tidak  hadir  atau  tidak  mengikuti  PdPR  tanpa  sebab.  Para  guru  akan
         berasa  bangga  jika  ibu  bapa  sentiasa  mengambil  berat  dengan  disiplin  anak-anak  di
         sekolah.

               Akhir  kata,  sebelum  saya  mengakhiri  ucapan  ini,  saya  ingin  merakamkan  ribuan
         terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat turut serta walaupun secara atas talian
         dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan kesungguhan dan
         komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan.

         Sekian, terima kasih.



          ABDUL HALIM BIN ABU YAZIZ
          Timbalan PPD Pengurusan Sekolah
          Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

         4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11