Page 4 - BOOKLET SKARY 2021
P. 4

KATA ALU-ALUAN

         GURU BESAR SK ABDUL RAHMAN YASSIN









         Dan salam sejahtera.

         Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah S.W.T dengan segala nikmat yang diberi dapat
         saya  mengambil  kesempatan  ini  menzahirkan  kesyukuran  dan  ucapan  terima  kasih
         kepada ibubapa dan guru guru yang dapat hadir  dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
         Bapa dan Guru, SK Abdul Rahman Yassin kali yang ke-20.

                         Terima kasih diucapkan kepada barisan  ahli jawatankuasa PIBG yang sentiasa
         mendukung  dan  memberi    komitmen  yang  tinggi  dalam  merealisasikan  aspirasi
         sekolah.Harapan  saya  agar  hubungan  baik  yang  terjalin  kukuh    antara  ibu  bapa  dan
         warga  pendidik  di  sekolah  ini    dapat  megorak  langkah    membantu  dan  menjayakan
         segala program sekolah demi kecemerlangan anak-anak walaupun kita dibatasi dengan
         gelombang pandemic Covid-19.

                            Mesyuarat Agung PIBG merupakan satu medium terbaik untuk  mewujudkan
         pemuafakatan antara ibu bapa dan guru. Dengan pemuafakatan ini kita dapat membina
         persefahaman  tentang  peranan  dan  tanggungjawab  bersama  demi  melahirkan  modal
         insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Justeru,  kesungguhan dan kerjasama
         semua  pihak  amatlah  diperlukan  untuk  memenuhi  hasrat  ini.  Sokongan  dan  suntikan
         PIBG  dari  segi  material  dan  idea  yang  bernas  merupakan  nadi  penggerak  dalam
         meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah agar kalimah “Skarian Leads “dapat
         dijelmakan.

               Penglibatan  semua  ahli  dan  kepimpinan  pengurusan  PIBG  yang  mantap  dan
         cergas juga akan menjadikan SKARY sebagai wacana pendidikan yang bergerak lancar
         seiring  dengan  Pelan  Pembangunan  Pendidkan  Malaysia  (PPIM)  2013-2025.
         Permuafakatan,  sikap  saling  membantu  dan  bekerjasama  antara  ibu  bapa  dan  warga
         pendidik merupakan nilai tambah kepada kejayaan tersebut.

                     Akhir  kata,  saya  mendoakan  agar  semuanya  sentiasa  dilindungi  Allah  dan
         mendapat  rahmatNya,  Semoga  Allah  SWT  memberkati  kerjasama  kita  dalam
         menjalankan  amanah  untuk  mendidik  dan  mencorak  anak-anak  menjadi  modal  insan
         yang berilmu  dan cemerlang di dunia dan di akhirat.


         Sekian, terima kasih.


         …………………………………………………
         (EN MOHD JOEHADI BIN HJ PARCHO)
         Guru Besar
         SK Abdul Rahman Yassin










         2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9