Page 5 - BOOKLET SKARY 2021
P. 5

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG

                     YANG DI-PERTUA PIBG









                     Dan salam sejahtera.

                     Alhamdulillah,  pertama-tamanya  saya  dahulukan  dengan  setinggi-tinggi  kesyukuran
                     kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat saya mencurahkan sepatah dua kata di
                     ruangan  sekapur  sireh  seulas  pinang  ini  sebagai  perkongsian  bersama  dalam
                     mendokong misi dan visi gemilang sekolah.

                           Sebagaimana  kita  semua  maklum,  objektif  utama  PIBG  adalah  membantu  dan
                     bekerjasama  dengan  pihak  sekolah  dalam  melonjakkan  pencapaian  yang  gemilang
                     dalam  bidang  akademik,  kokurikulum  dan  sebagainya.  Disamping  itu  menjadi  medium
                     untuk  bersama-sama  mengatasi  sebarang  masalah  yang  mungkin  timbul  sama  ada
                     secara  dalaman  atau  luaran.  Oleh  yang  demikian  PIBG  akan  berusaha  lebih  keras,
                     berganding bahu untuk memastikan pencapaian cemerlang sekolah dilonjakkan menjadi
                     sekolah gemilang.

                           Saya selaku Yang Di Pertua PIBG sekolah ini sangat-sangat berterima kasih atas
                     segala kerjasama, sumbangan idea dan tenaga yang diberikan oleh pihak  pengurusan
                     sekolah, guru-guru dan kakitangan yang sentiasa sama-sama senang, sama-sama susah
                     dalam  menjayakan  setiap  aktiviti  yang  dianjurkan  oleh  PIBG.  Tidak  lupa  juga,  jutaan
                     terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang menyumbang tenaga, memberi
                     kerjasama dan komitmen bagi memastikan kejayaan anak-anak di sekolah ini.

                           Akhir bicara, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
                     terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis Mesyuarat Agung
                     PIBG  Kali  Ke-18  ini.  Saya  mengharapkan  dengan  kepimpinan  AJK  PIBG  yang  dilantik
                     akan dapat meningkatkan prestasi anak-anak di SKARY. Mudah-mudahan pengorbanan
                     dan niat murni kita semua untuk membuahkan kejayaan anak-anak yang gemilang akan
                     dimakbulkan oleh Allah. Amin.

                     Sekian, terima kasih.



                     ………………………………………………………..
                     (EN MOHD KAMAL BIN MAHAT)
                     Yang Di Pertua PIBG
                     SK Abdul Rahman Yassin









                                                                                                               3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10