Page 30 - LAPORAN KMR-PBL TS25 SMK TUNKU SERI INDERA PUTERA MODUL 6
P. 30
MODUL 6.1_Aktiviti 2: Merancang PdP-PBL
APLIKASI TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKAN ALAM SEKITAR
Tujuan PBL adalah untuk memahamkan pelajar mengenai konsep Teknologi Hijau yang dapat membantu melestarikan alam sekitar. Ianya bukan sahaja
sekadar memahami malah mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian manusia setiap masa. Seperti yang kita semua maklum, bumi telah menjadi mangsa
akibat perkembangan peralatan yang canggih, binaan bangunan pencakar langit dan kerakusan teknologi.
Oleh yang demikian para guru perlu membimbing pelajar ini mengenai kesan keadaan bumi tanpa pemeliharaan dan pemuliharaan. Dengan menggunakan
platform PBL maka pelajar akan dididik menjadi lebih sensitif melalui isu-isu berkaitan aktiviti manusia yang boleh merosakkan bumi. pelajar boleh
menzahirkan serta melahirkan impian menghijaukan kembali bumi melalui penghayatan puisi dan penciptaan puisi di dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa
Melayu. Seterusnya PBL ini dapat meningkatkan lagi daya kreativiti para pelajar dalam menghasilkan bahan atau rekaciptaan yang baru. ianya juga
merangsang kemahiran berfikir yang tinggi ketika menyelsaikan sebarang masalah yang timbul. Nilai murni yang dipupuk adalah semangat kerjasama, ringan
tulang, semangat cintakan sekolah dan menerima pandangan rakan-rakan lain. pelajar dilatih supaya lebih matang dan rasional ketika aktiviti KmR yang akan
dijalankan.
Pojek ini dirangka untuk tempoh 4 minggu. Ianya melibatkan beberapa fasa mengikut matapelajaran masing-masing iaitu Sains, Matematik dan Bahasa
Inggeris.
Guru Bahasa Inggeris membimbing pelajar untuk memahami masalah alam sekitar tanpa penggunaan teknologi hijau. Pelajar menjalankan aktiviti menarik
dengan pembacaan puisi kesan rumah hijau, pemanasan global dan kemusnahan alam. seterunya mereka dikehendaki menulis/ mencipta puisi sendiri yang
bertemakan Kesihatan dan Persekitaran / "Health and Environment" . bahan-bahan untuk dirujuk di ambil dari buku teks dan pencarian di dalam internet.
TS25 : PENGGERAK PEMBELAJARAN BERMAKNA

