Page 11 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 11

3.      (a)  Jelaskan lima proses pemindahan haba di muka bumi.                        [10]

               Rangka Jawapan
                       i.  Proses Serakan
                       ii.  Proses Serapan
                       iii.  Proses Pantulan
                       iv.  Proses Perolakan
                       v.  Proses Alir Lintang


               Cadangan Jawapan


               Proses pemindahan di muka bumi ialah proses serakan. Partikel-partikel terampai di atmosfera

               seperti debu, wap air dan zarah-zarah halus akan menyerak bahangan matahari secara mendatar
               apabila bahangan matahari dipancarkan kepadanya.



               Selain daripada itu, bahangan matahari juga  mengalami proses serapan. Partikel-partikel di
               atmosfera seperti debu, wap air dan zarah-zarah halus juga melakukan proses serapan ke atas

               bahangan yang melaluinya.


               Proses  pantulan  atau  albedo  juga  akan  di  alami  oleh  bahangan  matahari.  Albedo  adalah
               pembalikan  sebahagian  daripada  bahangan  matahari  yang  sampai  oleh  sebarang

               satahpermukaan  ke  atmosfera.  Bahangan  matahari  apabila  terkena  partikel-partikel

               sebahagiannya  akan  dipantulkan  semula  ke  angkasa  secara  menegak.  Kadar  pantulan
               bergantung kepada darjah keputihan atau kecerahan sesuatu permukaan. Semakin cerah sesuatu

               permukaan maka semakin tinggi jumlah bahangan matahari yang akan dipantulkan.


               Disamping itu, bahangan matahari juga mengalami proses perolakan. Proses perolakan berlaku

               apabila udara yang panas mengembang lalu menjadi kurang tumpatdan naik ke atas sebagai
               arus perolakan. Udara yang lebih sejuk dari atas akan turun ke bawah kerana lebih tumpat dan

               berat. Udara yang sejuk tersebut kemudiannya akan dipanaskan oleh permukaan bumi dan
               kemudiannya naik ke atas. Proses ini melengkapkan satu peredaran arus perolakan di atmosfera

               yang menghantar haba ke seluruh atmosfera.


               Seterusnya ialah proses alir lintang iaitu tenaga haba yang dipindahkan secara mendatar yang

               dipengaruhi pergerakan angin. Contohnya, angin panas yang bertiup dari selatan memindahkan
               bahangan panas ke arah kutub di hemisfera utara dan angin yang panas dari arah kutub di



                                                                                                       11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16