Page 86 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 86

Kerjasama dalam menangani masalah jerebu juga dapat mengurangkan kos pengawalan jerebu.

               Kos dapat dikurangkan kerana segala kos operasi seperti kos menggunakan pelbagai teknologi
               moden memadam kebakaran hutan dan kos-kos logistik yang berkaitan dapat dikongsi bersama

               dengan negara anggota.


               Pengawalan jerebu juga membawa kepada pembangunan teknologi secara bersama. Negara

               terbabit membangunkan teknologi mengawal jerebu seperti teknik memadam tanah gambut
               dan teknologi pembenihan awan secara bersama. Negara terbabit akan mengerahkan tenaga

               pakar negara masing-masing dalam menghasilkan teknologi pengawalan yang paling berkesan.


               Kerjasama menangani masalah jerebu juga membawa kepada kedatangan bantuan peralatan

               mengawal jerebu. Negara yang mempunyai peralatan seperti kapal terbang untuk pembenihan
               awan akan membantu negara anggota berjiran dengan meminjamkan kapal terbang tersebut

               bagi menghasilkan hujan tiruan untuk mempercepatkan proses memadam kebakaran hutan.


               Pengawalan  jerebu  juga  mambawa  kepada  perkongsian  kepakaran  antara  negara  anggota.
               Negara anggota yang mempunyai tenaga pakar seperti pasukan SMART dari Malaysia akan

               membantu negara anggota lain seperti Indonesia yang sering dilanda masalah jerebu.


               Pengawalan jerebu juga secara tidak langsung membawa kepada kawalan sempadan secara

               bersama.  Kerjasama  serantau  akan  mengeratkan  lagi  kerjasama  antara  negara  melalui
               pemantauan  pembakaran  di  kawasan  sempadan  secara  bersama.  Ini  juga  dapat  mengawal

               masalah-masalah lain di sempadan seperti penyeludupan dan pencerobohan.


               Kerjasama serantau dalam penjagaan alam sekitar tidak seharusnya berfokus kepada jerebu

               sahaja,  malah kerjasama ini turut  berlaku dalam  penjagaan isu-isu  alam  sekitar yang lain
               seperti tumpahan minyak dan kebakaran hutan.  Usaha murni dalam semangat kejiranan ini

               sedikit sebanyak menyumbang juga kepada pemeliharaan sumber semulajadi untuk diwarisi

               generasi akan datang.










                                                                                                       86
   81   82   83   84   85   86